Masa mula-mula pindah ke rumah sendiri (1987, sewa, teres setingkat 3 bilik) saya mula menanam orkid. Ini kerana ayah saya suka menanam orkid jadi saya sendiri nak cuba rasa kenikmatannya.
Apabila sudah berumahtangga (1990), saya dan suami pindah rumah (semi-d dua tingkat 4 bilik.) Dengan laman yang lebih besar, saya dan suami berkongsi hobi menanam pokok. Dalam kesibukan kerja seharian kami menghabiskan banyak masa mengemaskini laman kami. Dengan kehadiran anak-anak kerapian laman rumput di depan rumah menjadi begitu penting. Namun kesukaran yang dihadapi ialah cepatnya rumput dan lalang yang naik. Juga kami dapati kucing jiran sering melepaskan najis di laman rumput kami. Masa ni pokok yang ada cuma pokok bunga kertas yang besar di penjuru depan. Di tepi rumah ada pohon durian belanda dan pokok kelapa. Di belakang pula ada pokok limau nipis gergasi. Pokok-pokok besar sudah memang ditanam oleh tuan rumah sebelum kami.
Saya mula bertanam dengan lebih agresif apabila menghadapi tekanan kerja lebih bermula tahun 2000.
Grow plants. Help reduce Global Warming. Save the environment. Save the planet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rumah u kat batu hitam ke?
taman atas bukit yang facing to beach tu ke?
Area tu ada lot nak jual tak?
Ples contant me
eh ade comment. baru baca. sori ye rizaking. lot tanah? not that i know of la. but living in batu hitam, i can strongly recommend.
Post a Comment